Thursday, April 3, 2008

kebaikan dan keburukan khawin muda

Khawin muda adalah satu perkara yang tidak asing lagi di kalangan remaja pada zaman millenium ini.Walaubagaimanapun,ada beberapa kebaikan dan keburukan daripada soal ini.Khawin pada usia yang muda memerlukan persiapan dari segi kewangan,fisikal,dan mental.Khawin dalam zaman remaja membentangkan pelbagai masalah.Perselisihan faham pasti akan timbul kerana kedua-dua pihak masih muda dan perlukan kebebasan.Ini akan terjadinya perceraian dan juga perderaan dan sebagainya.

Khawin pada usia muda pun akan memberikan kesan yang baik jika kedua-dua pihak sudah bersedia mendirikan rumahtangga.Untuk menjadikan rumahtangga yang di bina satu idaman dan berpanjangan,pasangan muda ini harus semat perasaan saling cinta mencintai dan mengambil berat antara satu sama lain.Jika mereka sudah cukup bersedia mendirikan rumahtangga,ini tidak menjadi satu halangan untuk mereka berkhawin.Pasangan ini akan menjadi lebih matang apabila melalui kehidupan sebagai suami isteri.Ini termasuk komunikasi antara pasangan suami isteri dan meluangkan masa bersama.

1 comment:

nakhodabts said...

Salaam anak-anak didik saya,

Saya rasa tidak terlambat untuk mengucapkan terima kasih di atas usaha mengupas isu kahwin muda ini.

wassalam